Sebuah hadis riwayat Muslim merekodkan, dari Abu Hurairah R.A.,dari NABI S.A.W., sabdanya :
Ada tujuh golongan yang akan mendapat naungan dari Allah S.W.T pada hari kiamat kelak,hari di mana tidak ada naungan selain naungan Allah S.W.T....
1. IMAM (RAJA ATAU PEMERINTAH) YANG ADIL
2. PEMUDA YANG MENJADI DEWASA DALAM BERIBADAT KEPADA ALLAH
3. ORANG YANG HATINYA TERGANTUNG DI MASJID
4. DUA ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA ALLAH,MEREKA BERKUMPUL KERANA ALLAH DAN BERPISAH KERANA ALLAH
5. SEORANG LELAKI YANG DIRAYU OLEH WANITA BANGSAWAN YANG CANTIK UNTUK BERBUAT ZINA, LALU DIA MENOLAK DENGAN BERKATA "AKU TAKUT KEPADA ALLAH"
6. ORANG YANG BERSEDEKAH DENGAN DIAM-DIAM,SEHINGGA TANGAN KIRINYA TIDAK MENGETAHUI APA YANG DISEDEKAHKAN TANGAN KANANNYA.
7. ORANG YANG MENGALIR AIR MATANYA KETIKA BERZIKIR MENGINGAT DAN MENYEBUT NAMA ALLAH.
#sumber : 33 pesan Nabi. Jaga Mata, Jaga Telinga, Jaga Mulut.
Salam Nuzul Quran. 17 Ramadhan 1434h. :)
No comments:
Post a Comment