Duhai ayahanda,
apa layak aku bagi?
segalanya tak terbalas sampai mati,
kau sungguh segalanya bagiku.
lemah aku ketika kau pergi.
mata redupmu ku rindu,
senyum manismu ku ingin tatap lagi,
nasihat berhargamu ku ingin dengar lagi.
ayahanda,
terima kasih kerana kau telah menggagahkan tulang rapuhmu,
semasa hayatmu untuk kami.
saat yang berlalu tanpamu,
aku terasa sukar di sini.
melihat bonda menggalas segalanya,
aku rasa lemah.
aku masih tak berdaya.
wahai ayahanda,
kasih sayangmu masih terasa,
tak pernah hilang.
rinduku padamu tak pernah pudar.
ku doa,kau bahagia di sana.
ku doa, kau tenang.
ku doa,istanamu syurga nanti.
ayah, kau kekasihku.
Al-fatihah.
7 Mac 1963 - 21 Jun 2011
No comments:
Post a Comment